
Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”
(HR At-Tirmidzi)
Bersempena Ramadan sebagai Bulan Kebajikan, pihak Maahad Tahfiz Al Quran Al Ansar, Permas Jaya Johor akan menjalankan Majlis Bacaan Tahlil, Doa dan Solat Hajat pada sepanjang bulan Ramadan ini bagi mengejar keberkatan dan kemustajaban bulan yang penuh kemuliaan ini.
Justeru, kami juga ingin membuka penyertaan kepada masyarakat untuk menyisipkan sebarang hajat dan doa untuk dibacakan dalam majlis ini.
Hal ini merupakan satu usaha kami untuk melaksanakan kebajikan di bulan Ramadan dan membalas kebaikan yang dilakukan oleh masyarakat kepada Maahad Tahfiz ini.
Kepada Tuan Puan yang mempunyai hajat untuk dikirimkan kepada kami, bolehlah mengisi borang di bawah.
Kami juga berbesar hati agar Tuan Puan dapat juga memberi sumbangan ikhlas RM 50 untuk kelancaran program Maahad Tahfiz dan majlis Tahlil ini.
Setiap majlis yang dilaksanakan akan dibuat siaran lansung melalui platform media sosial (Facebook & TikTok).
Kami akan menghubungi pihak Tuan Puan yang berhajat melalui email ataupun Whatsapp sebelum majlis dijalankan.
Tuan Puan juga boleh sertai Channel Telegram kami untuk terus mengikuti perkembangan aktiviti pelajar termasuk Majlis Tahlil & Solat Hajat termasuk juga media-media ilmu dan nota-nota infografik sepanjang Ramadan ini.
Channel Telegram Komuniti Tarbiyah Al Ansar Permas Jaya